Blog Archives - Dikir Rebana Mas
 
 

إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ

Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. Az Zaariyaat:58


Marilah sama-sama kita memulakan hari dengan berbanyak-banyak berdoa ke hadrat  Allah Yang Maha Besar. Sesungguhnya setiap kerja yang kita lakukan mestilah dimulakan dengan doa.

Banyakkan menyebut ucapan kalimah di atas semoga kehidupan kita dilapangkan oleh Nya. Amiin





 
Picture
Peserta dan penceramah seminar IMPT
Post pertama mengenai blog ini ialah bagaimana ummi mendapat idea untuk membuat kedai CD online. Sekembalinya dari mengikuti Seminar Usahawan Internet Pantai Timur pada 19 Mac 2011 di Wisma Peladang, Kuala Terengganu, ummi mendapat satu suntikan semangat!! Berkobar! MESTI BUAT STORE ONLINE!!!
Soalan pertama berlegar di fikiran, nak jual apa?  Ada terfikir nak jual makanan tambahan. Bila check kat google adword wow! boleh tahan hit... so ummi cadang nak jual makanan tambahan. Banyak tuuu... Ummipun ajak suami cari pembekal, pergilah sampai ke kilang di Pengkalan Chepa, sayangnya tokey tak datang hari tu, next time aje akak datang kata pekerja. Ok.
Balik rumah, ummipun dok fikir lagi, nak pakai hosting apa ya? Kalau pakai hosting berbayar, rasa-rasanya terlalu naif lagi ni, takut-takut duit keluar terbang melayang, yang masuk tak tahu lagi... Kalau nak buat blogspot atau wordpress, rasanya kurang sesuai. Ummi terus lagi mencari... tiba-tiba terjumpalah dengan weebly ni. Bila tra-tra buat, eh! rasanya ada chemistry lak dengan ummi. Senang saja semudah ABC, instruction pun tulisan besar-besar, sesuai benarlah dengan ummi yang bermata empat ni.
Tengah ummi dok syok nak buat store online ni, satu hari datanglah adik ipar ke rumah. Beliau ni Jen KL, bekas juara tukang karut kebangsaan 2007. Katanya ada album baru akan dikeluarkan, Dikir Hijrah 2 dan Album Pok Ya yang merupakan dikir sketsa penceritaan lawak, sekarang dalam peringkat akhir kemaskini dan akan dipasarkan tidak berapa lama lagi.
Ya! ummi mendapat idea, yes! apa kata kita jual CD Pok Dek (nama manja keluarga)  ni online.  Jadi, ummipun tanpa membuang masa terus membina website. Nak beri nama apa ya? Google lagi... dikir.. yes! ada hit. Lalu diberi tajuk DIKIR REBANA MAS. Ummi rasa sedap nama tu. He he he.