Kesibukan - Dikir Rebana Mas
 
Sedikit kesibukan menyebabkan tak sempat nak update blog ni. Seharian mencari-cari kedai utk jadi dropshipper. Alhamdulillah, dua buah kedai yang disinggahi memberikan kerjasama yang baik. InsyaAllah sedang menyiapkan store online. He he....

Kira-kira 9.00 malam kemarin mendapat kabar satu lagi kemalangan berlaku di jalan Wakaf Stan. Seorang anak kecil berusia 5 tahun, seusia anak bongsu ummi pecah berkecai kepalanya.... uhh.. kesian.  Kira jiranlah, walaupun tidak berapa kenal sangat orangnya.  Dengar cerita, ibunya yang juga pemandu motosikal tersebut bukannya orang Malaysia, kabarnya orang Indon. Beliau menyewa di kampung ini, suaminya tiada di rumah di waktu kejadian.

Permintaan seorang sahabat IM(walaupun tidak kenal orangnya) untuk menulis testimoni untuk promote ebook nya belum sempat lagi ditulis. Insyaallah, harap-harap beliau tidak marah atas kelewatan ini.



Leave a Reply.